17 March 2016

Japanese Village


Terletak di Berjaya Hills Resort, Bukit Tinggi, Bentong, Pahang, Japanese Village merupakan sebuah kawasan yang dibina menggunakan landskap perkampungan Jepun yang terletak di ketinggian 3,500 meter dari paras laut. Kawasan ini menjadi menarik kerana ia terletak di dalam kawasan hutan tropika. Perkampungan berkonsepkan taman ini direalisasikan daripada ilham arkitek Jepun iaitu Kaio Ariizumi dengan tujuan menarik minat pengunjung yang mencintai kehijauan hutan tropika di tanah tinggi yang dingin dan nyaman.

pengunjung menghayati keindahan panorama 
 
 rumah kecil Jepun
kolam kecil dan Koi

 Hasya Diyanah mengenakan pakaian Kimono yang boleh disewa dengan harga RM20.00
 

Memberi makan ikan Koi


-TAMAT-












04 January 2014

Kembara ke Danau Toba

 
 



Danau Toba adalah sebuah danau gunung berapi dengan ukuran panjang 100 kilometer dan lebar 30 kilometer yang terletak di Wilayah Sumatera Utara, Indonesia. Danau ini merupakan danau terbesar di  Asia Tenggara. Di tengah danau ini terdapat sebuah pulau gunung berapi bernama Pulau Samosir.

Diperkirakan Danau Toba terjadi saat ledakan sekitar 73,000-75,000 tahun yang lalu dan merupakan letusan supervolcano (gunung berapi super) yang paling baru.  Debu vulkanik yang ditiup angin telah menyebar ke separuh bumi, dari Cina sampai ke Afrika Selatan. Letusannya terjadi selama 1 minggu dan lontaran debunya mencapai 10 km di atas permukaan laut.

Kejadian ini menyebabkan kematian dan kemusnahan yang besar pada dunia masa tersebut. Menurut beberapa bukti DNA, letusan ini juga menyusutkan jumlah manusia sampai sekitar 60% dari jumlah populasi manusia bumi saat itu, yaitu sekitar 60 juta manusia.  Tekanan ke atas oleh magma yang belum keluar menyebabkan munculnya Pulau Samosir. (sumber dipetik daripada Wikipedia)









Pemandangan dari Parapat... Bot sentiasa berulang alik dari Parapat ke Pulau Samosir yang terletak di tenganh-tengah Danau Toba.
Memancing dari Danau Toba International Cottage

Air Terjun Si Piso-Piso

Pemandangan Danau Toba dilihat dari kawasan air terjun Si Piso Piso


15 August 2013

Pengkalan

30s, f/22, ISO:100

Daripada blog terbiar kaku, elok dimuat naik saja  apa-apa gambar yang ada dalam stok. Gambar ini diambil lama dulu.. dengan Canon 400D, Lens Tamron 18-200mm dan menggunakan ND Filter  kerana dedahan 30 saat. Lokasi menembak regular iaitu hujung Kampung Bukit Penjara.. tempat merenung alam di hujung lensa.. sebenarnya banyak lagi gambar di lokasi ini dalam suasana dan cahaya yang berbeza.. tapi masa yang menjadi musuh utama untuk aku memuat naik koleksi gambar-gambar tersebut.. Dalam banyak-banyak shoot, biasanya aku pilih sekeping dua untuk touch up dan masukkan dalam satu folder.. Kerja-kerja ini aku lakukan dalam lap top Dell Inspiron  kerana processor Core i5 lebih mesra dan laju. Menulis dalam blog pula biasanya aku buat pada masa senggang di pejabat atau ketika sarat dengan kerja dan aku memerlukan masa pelarian bagi merehat minda. In Sha Allah.. jika ada masa kelak aku akan muat naik di sini untuk tatapan diri sendiri.. hehehe..

22 May 2013

Sebelum Aku Terbang


Tengok rama-rama terbang memang cantik.. tetapi sebelum dia menjadi rama-rama sungguh menggelikan malah membahayakan.. kalau naik ke badan mahu tergaru-garu tak tentu arah.. naik biji merah-merah.. sesiapa yang pernah kena ulat bulu tahu bisa bulunya.. Kanak-kanak sekarang mungkin jarang kena macam kanak-kanak 30 tahun dulu yang selalu bermain di dalam belukar di celah dedaunan.. tindakan pertama si ibu bila si anak terkena ulat bulu ialah dengan menggeselkan rambutnya ke tempat yang berbintat merah.. mungkin petua untuk menghilangkan pedih gatal bisa ulat bulu..



 Kedua-dua gambar di atas menggunakan reverse lens 50mm 1.8f, 1/100s, ISO : 100. Bukaan tak dapat dibaca kerana lens diterbalikkan. Ini adalah makro bajet rendah. tak perlu beli makro lens cuma beli adapter ring berharga RM30.

18 March 2013

Gugur Kebasahan

  Lake Tekapo.. Gambar diambil semasa penghujung musim gugur tahun 2009. Berdiri di tebing tasik Tekapo bagaikan berada di bingkai gambar.  Dikatakan bahawa kehadiran sejenis mineral (yang saya tidak begitu pasti namanya) di dalam tasik menjadikan airnya jernih kebiruan..

f/10, 1/200s, 28mm, ISO:100

Siapa yang tidak terpaku melihat keindahan alam di sini..



01 March 2013

Penghujung Hidup

Ketika dia sedar, hari telahpun senja
dan dia  hanya menunggu masa untuk rebah

Mungkin diratapi 
kerna dia pernah memberi buah
memberi teduh

Mungkin disyukuri
kerna dia pernah menabur sampah 
dari dedaunan gugur

Mungkin seorang lagi lelaki datang 
dan mengeluh
.......
tiada tempat melacur  papan iklan lori sewa



29 January 2013

Janda Baik (The Good Widow)

  2.0s, f/22, 18mm, ISO:100
D' RIVER RESORT. Sebuah destinasi percutian suasana kampung yang menghargai kehijauan alam semulajadi. Dengan hanya 36km dari Kuala Lumpur ke lokasi D’River Resort serta 35 minit perjalanan, memisahkan anda jauh dari kesibukan ibukota. menjanjikan satu percutian yang lebih mendamaikan bersama rakan-rakan serta keluarga tersayang. Harga? Boleh tahan tak murah sangat berbanding dengan kemudahan yang ala kadar sahaja. Mungkin mahal sebab faktor alam semula jadi. Lihat di http://www.deriverresort.com.my/.

Asal Usul Janda Baik

Menurut cerita orang-orang tua, Kampung ini mula diteroka pada tahun 1932 oleh tiga orang Haji yang berasal dari Kampung Benus, Bentong Pahang. Mereka ialah Haji Deris, Haji Yasseh dan Haji Kadir. Mereka bertiga ini membuka dan meneroka Kampung Janda Baik setelah Kampung Benus yang didiami oleh mereka dilanda banjir besar, dimana banjir tesebut melanda seluruh tanah air pada tahun 1926. Kampung Janda Baik juga sudah didiami orang Asli dari suku Temuan. Mereka menjalani kehidupan secara primitif.

Menurut cerita, nama Kg Janda Baik ini berasal dari kisah orang asli yang mendiami Kampung ini. Sepasang suami isteri orang Asli yang mendiami kawasan ini mengusahakan tanaman padi huma dilereng sebuah bukit disini. Menjadi lumrah alam tumahtangga, terdapat sedikit perselisihan faham yang terjadi kepada pasangan ini dan perselisihan ini terjadi sebelum padi huma berbuah. Akibat dari perselisihan itu, mereka membawa haluan masing-masing dan berpisah. Masa berlalu dan sampai masanya padi huma ini berbuah dan boleh dituai hasilnya. Setelah berkira-kira waktu yang cukup untuk padi dituai, pasangan ini dating semula ke tempat mereka sama-sama mengushakan tanaman tersebut. Pasangan ini bertemu semula di tempat yang dipanggil Pulau Santap. Setelah bertemu, pasangan ini berbaik dan kembali menjadi suami isteri.

Mengambil sempena janda yang berbaik semula dengan suaminya, tempat ini dipanggil “Janda Baik”. Nama tersebut kekal sehingga kini dan sangat terkenal dengan pelbagai tempat menarik yang menarik pengunjung untuk berehat dan bersantai. 


Apa-apa pun, Janda Baik adalah tempat terbaik untuk merehatkan minda dan berinteraksi dengan alam...